Wednesday, February 16, 2011

Mari Melawat Terengganu




Hari Pertama


Masih ku ingat perjalanan untuk suka2 ke Negeri yang terkenal dgn keropok Lekor... sebut je dah terbayang... Destinasi pertamaku ialah Air Terjun Sekayu.... Bertolak dari pukul 8.30 pagi dan sampai ke Sekayu dalam pukul 3.30 petang... berhenti sekali je kat kawasan rehat temerloh untuk makan tengahari... Alhamdulillah, dengan bantuan GPS, perjalanan ku lancar (tak sesat )...






Sampai2 je, "masa untuk mandi"...... air nya sejuk dan menyegarkan.... kawasan sekitar yang sentiasa dijaga rapi... ramai pengunjung tempatan dan luar negeri yang datang untuk berkelah, mandi manda, bercengkerama (opsss silap, jangan ikut budaya nie ek)... dan macam2 aktiviti riadah yang boleh dibuat disini... permandangan memang cantik ...



Bagi yang suka untuk buat aksi akrobatik.... banyak tempat yang sesuai dan airnya agak dalam.. bagi yang tak tahu berenang, jangan risau, banyak juga kawasan yang setakat paras dada, paras lutut dan juga paras buku lali (sesuai untuk baby yang masih kecil)... dengan airnya yang jernih, bagaikan memanggil-manggil untuk mandi... jom mandi...


Kawasan yang agak dalam, sesuai untuk aksi Akrobatik


Diantara kawasan kedalaman air paras dada.. sesuai untuk mandi manda


Pekerja sedang membersihkan sampah
sarap yang di tinggalkan pengunjung.



Bagi yang nak menginap, chalet yang disediakan cukup murah dan sangat berpuas hati, di dalamnya terdapat 2 biji katil, 1 single dan 1 double serta toto untuk tetamu yang mempunyai lebih dari 3 orang ahli, 1 chalet boleh muat dalam 6 orang dewasa.. nak sumbat 8 pun boleh lagi... kemudahan lain dalam chalet tue, bilik air yang luas serta mempunyai aircond dan kipas, kelemahan pulak ianya tidak disediakan TV. Harganya dalam RM60 bagi Chalet baru dan RM50 bagi Chalet lama. nama2 chalet jugak cukup unik, ianya dinamakan sempena dengan tumbuhan herba seperti Mas Cotek, Batu Jin, Akar Sekar dan macam2 lagi...

Sebelum bercadang menginap di Sekayu, elok la hubungi dulu
pejabat hutan untuk tujuan tempahan Chalet, no Tel 096882510.




Hari Kedua

Perjalanan seterusnya adalah ke Kraftangan Negeri Terengganu, Kuala terengganu... pagi-pagi sebelum bertolak, sempat gak la terjun kat air terjun dulu... sejukkkkk.. maklum la pagi...

kalau ada orang tanya buat pe pegi sana, jawapan "saja2 je nak pegi tengok orang buat kraf tangan, kalau ada yang berkenan diahati boleh je terus beli"..

dekat je dari sekayu ke Kraftangan nie, senang cari sebab folo je GPS.. Di sini terdapat dewan pameran yang memaparkan hasil tenunan songket, barangan kraf, blok2 batik dan macam2 lagi... disini juga merupakan tempat penyelidikan bagi mencari hasil kraf yang terbaik untuk dipasarkan oleh usahawan yang berminat...


 Sebahagian daripada bahan pameran Kraf



 Alat tenunan songket yang Fully Automatik.
coraknya dihasilkan menggunakan teknologi komputer



Alat tenunan songket semi automatik yang berasal dari Indonesia.
Di bawa untuk tujuan penyelidikan


dah abis belajar pasal kraf, nak pegi tengok orang lukis batik pulak... tapi bukan kat sini dekat Arfa Batik... tak jauh dari tempat Kraf tue.. dalam 2 minit je.... memang sangat dekat...

Di Arfa Batik, kita boleh melihat hasil seni dan bakat semula jadi melukis batik, tengok pekerja kat sini buat memang nampak mudah, tapi sebenarnya memerlukan pengalaman dan teknik yang tinggi...


Ini la hasil seni yang namoak simple tapi sangat menarik


Di arfa batik juga, dengan bayaran RM10 kita dibenarkan untuk mewarna batik yang telah di sediakan, batik yang kita warnakan kita boleh bawa pulang sebagai kenang kenangan.. semada dalam bentuk frame atau kain... untuk membeli, terdapat garai yang disediakan untuk para pengunjung... almaklumla namanya dah terkenal, so harganya tentu la lebih mahal daripada batik di pasar payang... tapi bagi yang berduit tentu tak kisah kan...

lepas arfa batik, perut pun dah berbunyi memanggil untuk di isi, so kena la cari tempat makan... tempat yang dituju ialah gerai2 makan berhampiran pantai batu buruk .. macam2 makanan laut yang telah dicelup tepung... tapi bagi yang bukan penggemar goreng celup tepung nie, terdapat juga fast food A&W... apa lagi, aku pekena nasi ayam, kopok lekor, udang, ketam, tapai, bebola ikan, bebola daging (yang semuanya di celup tepung) dan minun air kelapa... brurrrrp kenyang betul... alhamdulillah...


......... takde mood nak sambung.... teringat memori pahit... perjalanan ini ada memori pahit yang aku nak lupakan..... secara ringkasnya...  Memaksa, Dipaksa dan Terpaksa... huhuhu


No comments:

Post a Comment