Saturday, September 14, 2013

Teman Sejati


Teman Sejati – Brothers

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya…

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

- 1st time dengar lagu nie masa kat Matrik dan terus suka dengan susunan lirik dia. Rakan-rakan senang dicari tapi Sahabat/teman sejati yang jujur dan yang akan membimbing kita ke jalan Allah amat sukar untuk dicari.. dan banyak-banyakkan syukur pada Allah jika kita telah temui orang sebegitu.. amin


p/s: hati2 dgn rakan yg "ada udang disebalik mee megi" :)

Saturday, September 7, 2013

H'py BesDay





Selamat Hari Lahir buat Isteriku tercinta Rohaya Binti Yusoff.. semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah..

Semoga kita bahagia dan kekal selamanya hingga akhir hayat :))

Wednesday, July 31, 2013

Hari Raya Aidilfitri

Bulan puasa sudah pun menghampiri penghujungnya... Hari Raya Aidilfitri pula akan menemui kita...

Skrip raya tahun nie berubah.. kalau dulu.. balik ke kampung dan bergilir-gilir tinggal dirumah mak dan mak mertua...

Tahun nie.. aku beraya di Ofis...:(.. ketentuan Allah 2006-2010, aku masuk syif di PMKLIA, 2011-2012 Ofis Hour di PMKLIA, dan 2013 nie aku kembali masuk syif juga dia PMKLIA.. sayang bebenor PMKLIA kat aku... haha

Tahun nie cuma dapat wakil kan Isteri kat kampung :)

Untuk tahun nie, biskut tunjuk2 je.. x sempat nak buat. kalau tahun lepas sempat buat rempeyek, kuih rotan, ada la 2-3 jenis lg yang aku tak ingat nama :)..

Walaupun skrip dah berubah, semoga kita semua menyambut bulan syawal dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan2 dan ingin memohon maaf jika terdapat salah dan silap :)


p/s : tetiba terjumpa kad raya terakhir yang aku terima.




ini lah kad raya terakhir yang aku dapat daripada seseorang yang pernah aku anggap sebagai rakan baik.. kini hanya tinggal kenangan.. kalau dia terbaca blog nie.. aku ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin.. Insyaalah semua jasa2 mu akan ku kenang :)

Tuesday, July 9, 2013

Surau Taman

Alhamdulillah, Selesai sudah berterawih malam pertama puasa di Surau Taman Desa Anggerik, Nilai.. hihi sebenarnya ini kali pertama menjejaki kaki ke surau nie selepas 7 bulan pindah ke taman nie..

Sebelum nie solat jumaat kat Masjid Putra Nilai..

moga kita sentiasa dibukakan hati untuk sentiasa mengimarahkan surau/masjid bukan sahaja di bulan ramadhan tapi juga bulan2 yang lain.. Amin


p/s: :) jangan lupa bersahur ..


Saturday, July 6, 2013

Alhamdulillah..

Syukur Alhamdulillah, bulan ramadhan akan tiba lagi.. bulan yang ditunggu-tunggu..

Semoga kita semua dapat menunaikan ibadat puasa dengan sebaik mungkin..


p/s: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan :)

Jangan lupa untuk menunaikan solat terawih



Thursday, June 6, 2013

Jom hias rumah..

walaupun rumah tak sepenuhnya siap seperti yang dirancang.. hiasan kena la ada..

Kebetulan balik kampung.. dan kebetulan kakak ipar kata ada tempat yang jual pasu murah.. wife aku apa lagi.. terus ajak ke tempat tue..

Tempat letaknya diantara jalan dari bandar Pasir Mas ke Rantau Panjang..





selain pasu, ada gak dijual macam-macam pokok





nie la yang aku beli.. 2 besar dan 3 yang sederhana...

tue pun dah berat kereta.. .

beli je dulu.. nak letak kat mana tak tahu lagi.. 2 pasu besar harganya RM26 dan 3 pasu sederhana harganya RM10.. murah kan.. kalau tak pikir perjlanan nak bawa ke KL.. kompem sumbat lagi dalam bonet kereta..:))

p/s : Perjalanan balik ke kampung selalu membuat aku pikir panjang.. bayangkan 12 jam atas jalan raya.. huhu... highway please

Friday, May 10, 2013

PRU 13

Pilihanraya dah abis dah...

BN menang dengan kelebihan undi di Parlimen... PR pula menang dengan undi Popular..

Tapi saban tahun.. isu pengundi hantu, Blackout, pindah pengundi, undi pos, kecurian peti undi, dakwat kekal yang tak kekal dan lain2...

betul atau tidak... hanya Allah yang tahu..

Saban hari, Fitnah dah jadi makanan harian..

tapi,

Yang menang biarlah menang.. Jangan lupa janji pada rakyat.. yang kalah jangan putus asa.. pas 5 tahun boleh cuba lagi..


Arghh yang sebenarnya aku bosan dengan politiking..

Tulis kat wall FB, macam dia yang tahu semua..

huhu..

p/s: Assalamualaikum