Saturday, September 14, 2013

Teman Sejati


Teman Sejati – Brothers

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya…

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

- 1st time dengar lagu nie masa kat Matrik dan terus suka dengan susunan lirik dia. Rakan-rakan senang dicari tapi Sahabat/teman sejati yang jujur dan yang akan membimbing kita ke jalan Allah amat sukar untuk dicari.. dan banyak-banyakkan syukur pada Allah jika kita telah temui orang sebegitu.. amin


p/s: hati2 dgn rakan yg "ada udang disebalik mee megi" :)

Saturday, September 7, 2013

H'py BesDay





Selamat Hari Lahir buat Isteriku tercinta Rohaya Binti Yusoff.. semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah..

Semoga kita bahagia dan kekal selamanya hingga akhir hayat :))

Wednesday, July 31, 2013

Hari Raya Aidilfitri

Bulan puasa sudah pun menghampiri penghujungnya... Hari Raya Aidilfitri pula akan menemui kita...

Skrip raya tahun nie berubah.. kalau dulu.. balik ke kampung dan bergilir-gilir tinggal dirumah mak dan mak mertua...

Tahun nie.. aku beraya di Ofis...:(.. ketentuan Allah 2006-2010, aku masuk syif di PMKLIA, 2011-2012 Ofis Hour di PMKLIA, dan 2013 nie aku kembali masuk syif juga dia PMKLIA.. sayang bebenor PMKLIA kat aku... haha

Tahun nie cuma dapat wakil kan Isteri kat kampung :)

Untuk tahun nie, biskut tunjuk2 je.. x sempat nak buat. kalau tahun lepas sempat buat rempeyek, kuih rotan, ada la 2-3 jenis lg yang aku tak ingat nama :)..

Walaupun skrip dah berubah, semoga kita semua menyambut bulan syawal dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan2 dan ingin memohon maaf jika terdapat salah dan silap :)


p/s : tetiba terjumpa kad raya terakhir yang aku terima.




ini lah kad raya terakhir yang aku dapat daripada seseorang yang pernah aku anggap sebagai rakan baik.. kini hanya tinggal kenangan.. kalau dia terbaca blog nie.. aku ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin.. Insyaalah semua jasa2 mu akan ku kenang :)

Tuesday, July 9, 2013

Surau Taman

Alhamdulillah, Selesai sudah berterawih malam pertama puasa di Surau Taman Desa Anggerik, Nilai.. hihi sebenarnya ini kali pertama menjejaki kaki ke surau nie selepas 7 bulan pindah ke taman nie..

Sebelum nie solat jumaat kat Masjid Putra Nilai..

moga kita sentiasa dibukakan hati untuk sentiasa mengimarahkan surau/masjid bukan sahaja di bulan ramadhan tapi juga bulan2 yang lain.. Amin


p/s: :) jangan lupa bersahur ..


Saturday, July 6, 2013

Alhamdulillah..

Syukur Alhamdulillah, bulan ramadhan akan tiba lagi.. bulan yang ditunggu-tunggu..

Semoga kita semua dapat menunaikan ibadat puasa dengan sebaik mungkin..


p/s: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan :)

Jangan lupa untuk menunaikan solat terawih



Thursday, June 6, 2013

Jom hias rumah..

walaupun rumah tak sepenuhnya siap seperti yang dirancang.. hiasan kena la ada..

Kebetulan balik kampung.. dan kebetulan kakak ipar kata ada tempat yang jual pasu murah.. wife aku apa lagi.. terus ajak ke tempat tue..

Tempat letaknya diantara jalan dari bandar Pasir Mas ke Rantau Panjang..





selain pasu, ada gak dijual macam-macam pokok





nie la yang aku beli.. 2 besar dan 3 yang sederhana...

tue pun dah berat kereta.. .

beli je dulu.. nak letak kat mana tak tahu lagi.. 2 pasu besar harganya RM26 dan 3 pasu sederhana harganya RM10.. murah kan.. kalau tak pikir perjlanan nak bawa ke KL.. kompem sumbat lagi dalam bonet kereta..:))

p/s : Perjalanan balik ke kampung selalu membuat aku pikir panjang.. bayangkan 12 jam atas jalan raya.. huhu... highway please

Friday, May 10, 2013

PRU 13

Pilihanraya dah abis dah...

BN menang dengan kelebihan undi di Parlimen... PR pula menang dengan undi Popular..

Tapi saban tahun.. isu pengundi hantu, Blackout, pindah pengundi, undi pos, kecurian peti undi, dakwat kekal yang tak kekal dan lain2...

betul atau tidak... hanya Allah yang tahu..

Saban hari, Fitnah dah jadi makanan harian..

tapi,

Yang menang biarlah menang.. Jangan lupa janji pada rakyat.. yang kalah jangan putus asa.. pas 5 tahun boleh cuba lagi..


Arghh yang sebenarnya aku bosan dengan politiking..

Tulis kat wall FB, macam dia yang tahu semua..

huhu..

p/s: Assalamualaikum









Thursday, May 2, 2013

Geli..

Budak2 kalau dengar hon penjual ais krim lalu depan rumah kompem sibuk minta duit ngan mak atau ayah.. beria-ia nak beli Ais Krim.. kalau sebelum nie, aku pun join sekali :)





Tapi, lepas kejadian aku ngan wife ternampak mat bangla (tak tahu bangsa apa, tapi nampak cam bangla) kencing tepi jalan.. pastu terus zip seluar. Sah dan memang kompem tak basuh tut tut tut dan tak basuh tangan dia.. pastu terus naik motor






Kita pulak beli ais krim yang dia jual.. kalau pikir balik , rasa mual pulak...

Baik korang hati2 beli ais krim bermotor.. terutama yang jenis con tue... geli maa



bayangkan dia cedok ais krim dalam bekas ais krim dengan tangan tak basuh dan masih berbekas air kencing.. pastu letak kat kon ais krim... pastu kita jilat ngan penuh nikmat dengan perisa tambahan... hihi

p/s: Basuh tangan sebelum makan ye..



gambar hiasan :)p

Tuesday, April 30, 2013

Jom mengundi

5 Mei 2013... dah tak lama dah... disebabkan aku masih lagi tak tukar tempat mengundi, so, nama aku masih lagi kat Parlimen Kemaman dan Dun Air Putih... kena mengundi kat Sek. Keb. Ayer Putih...


Masa kawin hari tue, alamat kat ic dah tukarkan kat Pasir Mas.. tapi tempat mengundi terlupa nak tukar pulak...

sebabnya... tengah buat pilihan samada nak mengundi kat Kemaman ke, Pasir Mas ke, atau kat Nilai... sebab Nilai... sebab Rumah aku skarang kat Nilai... x payah nak balik jauh-jauh... tapi... kalau nak tukar tempat mengundi kena tukat alamat kat ic dulu...isteri ku masih setia ngan alamat yang asal... aku tak kisah...maybe next time kot... hihi

Niat dihati memang berkobar2 nak mengundi kali nie... cuma skrang aku keje syif dan kebetulan hari sabtu aku kerja malam, mengundi hari Ahad.. rest day... tentu sangat penat... tambahan kalau cuaca teruk...huhu.. nie la nasib orang kerja syif...cuma kalau hari isnin wife cuti.... aku kuat kan diri drive ke Kemaman... boleh honeymoon sambil makan kopok lekor ngan otak2.... hihi... sambil menyelam minum air...

Kalau aku balik mengundi... siapa yang akan aku pilih... Bagi aku, ini ciri2 yang akan aku pilih.. sebabnya kalau salah pilih, saham nya kita akan dapat :

1) Muslim/beragama islam - Tak kira bangsa, tapi muslim.. kalau tempat tue takde muslim? pilih la yang pro Islam
2) Ilmu agama yang tinggi
3) Pentadbir yang baik

memang susah, sebab kadang2 kita tak kenal pun calon yang bertanding... trend zaman sekarang, orang pilih parti bukan calon.. so kalau parti, pilih la mana-mana parti yang meletakkan Agama Islam di tempat teratas... kalau tak de parti tue, pilih la parti yang menghormati Agama Islam..


untuk pilihanraya 2012 nie aku nampak PR vs BN







VS





Tapi kali nie 1st time aku tengok bendera ini...




Berjasa meletakkan calon Ustaz di Parlimen Seremban melawan calun DAP dan MCA yang kedua-dua nya calon bukan Islam... mana nak pilih.. tepuk dada tanya minda :)



p/s : Semoga negara Malaysia terus aman dan berjaya

Saturday, April 20, 2013

Dah lupa nama kedai nie... tapi kedai nie dekat ngan Giant Nilai.. tingkat satu atas Burger King...

Sebelum nie asyik makan steamboat je.. kali nie kita makan bakar-bakar plak.. memang bestzz...













kalau nak makan steamboat je.. harga nya rm27 sorang... tapi kalau korang nak makan steamboat ngan BBQ rega dia rm 30 sorang... makan sampai muntah.. hihi...













jom melantak.. best2..


p/s: pilih makanan laut yang mahal dan bakar... yg lain kat umah pun dapat.. hihi.. baru berbaloi :)p

Tuesday, March 19, 2013

batu karang dan buah pinggang

Ya Allah kuatkan la semangat kakak ku dan Abang Ipar ku dalam menghadapi dugaan ini..

Abang ipar sebelum ni memang ada batu karang dan selalu jugak la pegi lezer untuk hancurkan batu karang tue.. cuma takdir Allah... ada batu karang yang berada kat belakang buah pinggang dan tak mampu di lezer... dan mengikut Doktor yang merawat, kemungkinan juga batu karang ini lah penyebab kedua-dua belah buah pinggang abang iparku di sahkan mengalami kerosakan kekal yang mana dia perlu menjalani dialisis seumur hidup jika tiada penderma buah pinggang... ikut cakap nurse kat situ, dialisis ni makan masa 4-5 jam dan perlu dilakukan 3 kali seminggu... hmm :(


p/s: sebelum kena batu karang, wajibkan diri untuk minum banyak air kosong dan rajin bersenam.. nasihat untuk aku, isteri dan rakan-rakan yang baca blog ni.. dan doakan agar abang ipar ku agar dapat kembali menjalini kehidupan normal..




Friday, February 15, 2013

BOSAN!!

Perlukah kalau satu-satu pengurusan atasan bertukar akan dilakukan rombakan besar-besaran akan dilakukan..

Jawapan YA jika ada kelemahan yang perlu dibaiki dan jawapan TIDAK jika sistem sedia ada sudah terbaik...


Bukannya.. KALAU dah berkuasa, ikut suka hati la DIA nak ubah ke tidak..,


Ketuk pintu pun tidak, bagi salam pun tidak..


Tiba2 nampak mata je... tue pun samar..


yang kat dalam rumah dah tak tahu nak buat apa...,


p/s: sebagai orang bawahan... SYMP



Monday, February 4, 2013

Alhamdulillah... aku punyai jiran

Alhamdullillah.. setelah sebulan tinggal kat rumahKu ini.. aku tahu.. jiran-jiran ku semua baik2 belaka... ya Allah terima kasih dan syukur pada engkau yang memberikan jiran yang baik kepada ku..

terniat menulis nie sebab jiran belakang rumah aku memberikan aku limau,





terasa keikhlasan hasil pemberiannya...


sebelum nie, jiran sebelah kiri memberi kerepek, baru balik kampung katanya, jiran sebelah kanan memberi spegetti dan jiran sebelah kanan kanan aku memberikan pokok-pokok bunga dan pokok herba untuk ditanam kat halaman rumah aku.. syukur ya Allah dan baru aku menikmati kehidupan berjiran...


p/s: berbuat baiklah dengan jiran kita.. :)p

Wednesday, January 30, 2013

Umbai again....





Kebetulan telah diarahkan Boss untuk ke Mesyuarat Clean Air For Melaka Oleh German Technical Corporation di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.... disebabkan driver tak ada (kena bawa Bos meeting kat Johor) so aku kena la drive kereta sendiri dan kebetulan wife ada kat rumah... aku ajak la dia sekali temankan aku....


Mesyuarat sepatutnya mula kul 2.30 petang, tapi di sebabkan orang jerman sesat, pukul 3 baru mula.... pas je abis, aku terus bawak my wife makan ikan Bakar kat Umbai Melaka, nie 2nd time makan kat situ.... yang 1st time tue tersalah pilih kedai dan akhirnya kedai tue sediakan ikan bakar yang tak sedap.... tapi sotong celup tepung kat kedai tue memang best... hihi

Sampai kat Umbai.. bergambar la dulu.. hahaha






Kat sini merupakan kawasan nelayan... so banyak la bot-bot nelayan...



kat sini jugak ada titian gantung... tapi pendek je... hahaha


                                            Muka ketakutan setelah dipaksa bergambar.. haha


dipenuhi dengan paya bakau


cantik... tapi sayang ramai je yang kurang moral.. conteng sana sini...

hasil kreativiti diorang... huhu









abaikan yang gambar diatas

layan gambar-gambar kami diwaktu senja....





Pas abis bergambar... jom makan.... disebabkan masa 1st time pergi dah tersalah pilih kedai... so aku gooogle la kat blog... dan banyak yang cakap kedai parameswara tue sedap dan harganya ok la.... so aku ngan wife dah sepakat nak cuba kat kedai nie.....



Pilih-pilih... manyak segar oooo

 

dan........................ makan time


menu :

1/2 Ikan siakap masak tiga rasa
1/2 Ikan siakap bakar kosong bersama air asam
Sotong celup tepung
pepahat

ternyata makan kat kedai nie memang sedap dan berbaloi.... korang patut cuba....

harga nya... sebelum pegi bayar, aku ngan wife bet harga.... dan yang pastinya aku yang kalah... huhu... tak pandai bajet harga.. haha





RM 61 setelah di diskaun 60 sen.. haha... ok la.. harga yang sepatutnya


Kami meninggalkan umbai dengan kekenyangan, kepuasan dan penuh rasa syukur kami masih lagi mampu menikmati hidangan hari ini....Insyaallah kalau ada rezeki kami datang lagi.....




p/s : Mulakan dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah.. semoga apa jua yang kita buat diberkati Allah... amin




Friday, January 25, 2013

Gubahan WIFI











tajuk gubahan... "cantiknya aku".. hihi

lain-lain









"Memory BlueWhite"

p/s: kredit to my wife

Saturday, January 19, 2013

Sungai Tekala :)

Masa untuk segarkan minda.. tak tahu nak pergi mana.. last-last sungai tekala menjadi pilihan... lagi satu itu lah tempat picnic yang paling dekat dengan rumah aku... haha
















sampai kat sini lebih kurang pukul 10 pagi... ingatkan yang paling awal.. rupanya tempat parking pun dah hampir penuh... haha




tempat letak kereta yang hampir penuh


khemah pun telah siap dipasang... jom, apa lagi... mandiiiiiiiii..







yuhuuuuu....

memang ramai orang dipagi hari...














pas puas mandi... masa untuk balik...

yang best kat sini.. tempat persalinan ada, tempat mandi ada dan yang paling penting disini juga disediakan surau yang cukup luas ....




surau








bye-bye sungai tekala..

p/s : sekali sekala hirup udara segar... bagus untuk hilangkan tekanan... lari dari bebanan tugas harian :)p