Sunday, April 15, 2012

Kedai Gunting Muslimah

Senawang... Jauh perjalanan dalam mencari kedai gunting muslimah

Bukan untuk aku.. tapi untuk isteri KU...

Sebab tak tahu area sepang ada ke tak kedai gunting muslimah, so terpaksa la aku menelefon no 0129724938 (No tepon nie ofismate yang kasi)...

Hasil perbualan dan tanya keadaan dan lokasi kedai.. aku pun setuju nak pergi..

Ikut kata tuan kedai, kedai nie tutup hari isnin... operasi tutup pukul 7 pm tapi tak ingat la pulak kul berapa dia buka..

so, sampai sampai nie la kedai nya...

Nama kedai nie Areca











Yang aku suka, kedai nie tertutup dari pandangan lelaki yang bukan muhrim dan tukang gunting perempuan + melayu...






banyak lagi yang kedai nie oferkan selain daripada gunting rambut...

sesapa yang nak privasi memang bagus kedai nie... kalau dekat dengan sepang kan best :)

Harga untuk gunting rambut RM10.. aku rasa harganya dah ok..

alamat kedai nie 133-1, Jalan Taman Komersial 1, Senawang...

p/s: nak kata aku nie baik tak la, tapi aku sebagai suami tak nak tambah dosa yang memang tak terhitung dengan tidak menjaga aurat isteri Ku dari pandangan orang yang tidak sepatutnya pandang... :)

No comments:

Post a Comment