Friday, December 16, 2011

SBPA - Orang Kate



Kompem semua orang tengah bercakap pasal skim baru perkhidmatan awam nie... macam-macam orang dah bagi pendapat...

maka aku dengan rajin nya letakkan pendapat diorang kat dalam nie...


1) Orang kata SBPA - Skim Bodek Pegawai Atasan
   
   haha aku pun tak terpikir, tapi bila dengar balik macam betul je....

Saya yang menurut perintah




2) Orang kate jika markah SKT korang bawah 70%... maka dengan ini anda tak layak langsung untuk dapat kenaikkan tahunan dan atas pada 90% maka bergembira la anda sebab anda akan dapat 15% kenaikan gaji tahunan...

3) Orang kate terdapat empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu 70 peratus dan ke bawah sebagai syor paras untuk ditamatkan perkhidmatan, 75 peratus ke bawah tiada kenaikan, 85 hingga 95 peratus diberi lapan peratus kenaikan gaji manakala 95 peratus ke atas 15 peratus kenaikan.

4) Orang kate mana-mana kakitangan yang mendapat markah 70 peratus dan ke bawah selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan perkhidmatan dan jika kakitangan yang memperoleh markah 70 peratus dan ke bawah juga boleh memilih untuk berhenti sendiri. Bermakna mereka ada pilihan untuk berhenti dalam tempoh tiga tahun jika merasakan tidak berupaya mencapai sasaran prestasi yang ditetapkan.

5) Orang kate ... hmm lepas nie senang la kerajaan nak tarik mana-mana elaun- sebab elaun tue hak milik kerajaan


6) Orang Kate SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang. sesiapa tangga gaji P1T1-P1T3 SSM akan mempunyai gaji yang sama dibawah SBPA iaitu PIT2 SBPA....hmm rugi la P1T3 SSM sebab kenaikan gajinya sikit berbanding P1T1 SSM. Tapi syukur la sebab masih lagi naik ...

 7) Orang kate mana-mana kakitangan yang menunjukkan prestasi baik akan menerima kenaikan gaji lapan hingga 15 peratus, tambahan kepada kenaikan tahunan biasa di bawah sistem gaji satu lapis. WOW bodek jangan tak bodek BOS.

8) Orang kate.... ‘exit policy’ akan diwujudkan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk kumpulan pengurusan tertinggi dan orang kate senang nak buang "pembangkang" yang ada dalam perkhidmatan awam.


9) Orang kate, orang bawah pun boleh nilai Bos- hmm tang nie ada yang bagus dan ada yang tak bagus..




10) PTK kompem tak dok.. yuhoooo


11) Last sekali ada orang kate Gred atas 54 menerima kenaikan berpuluh kali ganda... huhu dah kaya tambah lagi kaya la nie...



Harus baca dan faham sebelum memilih

Nie la akibat jika silap pilih "LOBANG"

Kalau korang tanya aku skim mana yang nak dipilih.. kompem aku akan jawab skim yang gaji aku naik la.... hahaha mata duitan betul la... apa pun bersyukur la dengan rezeki yang kita dapat...



p/s: apa yang ada kat atas adalah "orang kate" .... jangan dengar sangat apa orang kata... kalau betul-betul nak paham tanya la orang yang sepatutnya.




No comments:

Post a Comment