Friday, June 29, 2012

Sape tak mahu sihat kan?

Baru je nak cuba makanan timur tengah... katanya baik untuk kesihatan :)...

Salah satu...








Cuka kurma








Pati Delima









Biji Aprikot

baru nak cuba makan benda-benda nie... hihi saje tak nak tulis khasiatnya... cuba search kat Encik......



Encik Google la, sape lagi...kompem dia tahu..hihi... selamat mencuba untuk diri aku...:))


ingat pas nie nak cuba biji Habbatus Sauda...


p/s: skali-skala berhabis duit untuk kesihatan... duit banyak tapi tak sihat tak guna juga..


Saturday, June 23, 2012

Tahun ke 7

Dah masuk 7 tahun rupanya aku keje kat Jabatan Meteorologi Malaysia dan secara tak rasminya dah 6 tahun kat Pejabat Meteorologi KLIA (PMKLIA), 5 tahun buat Ramalan dan 1 tahun Pentadbiran....



Radar





Satelit

dalam 5 tahun buat ramalan cuaca, benda nie yang wajib ditatap dahulu... pastu baru tengok arah angin, halaju angin, tekanan dan awan...

Perasaan memula di transferkan ke PMKLIA.. BOSAN.. hihi.. kerana...masa kat U dulu, PMKLIA la tempat aku praktikal..

Dah nasib badan... tak minat pun nak keje kat pejabat nie.. masa tahu result transfer tue, perasaan memang kecewa... tapi SYMP.. Masa tue, "AKU NAK KEJE KAT HQ"... hihi.....

Selalunya, tempat yang kita tak suka tue yang kita kena...

Orang lain tak tahu pun yang aku sedih, aku buat2 hepi je la.. tapi xpe la HQ x nak aku kan.. ( mode merajuk) haha

pasal keje plak,

"Ramalan Ku benar belaka" ... kalau aku kate camnie, aku memang pembohong la,... Walau 5 tahun buat ramalan, nak kate tepat memang susah, tapi hampir tepat yea.. hihi

Pejam celik,.... dah tua aku nie kan,.. bila la nk berubah kearah yang lebih baik.. 32 tahun lagi untuk bersara... Insyaallah...

p/s: bila la Bos nk bertukar.. :p







Sunday, June 3, 2012

Ori, x ori

hmm tertipu lagi... baik beli yang ori walaupun mahal sikit, tapi berbaloi2... citenya, masa aku nk baiki N78 aku, housing dan LCD retak..

nasib badan.. dah terbeli online housing N78.. dalam phone, aku cakap nak yang ori.. dia kata ok.. aku tanya brape harga?.. dia kata RM40.. aku tanya balik.. kompem ke ori?.. kompem kata dia..


3 hari kemudian dapat la .. tapi masih lagi tak tahu yang dapat tue tak ori.. so, aku pegi la hantar kedai untuk baiki kat seremban.. kedai tue tak leh baiki sebab LCD kat kedai dia takde stock.. tokey kedai nie la cakap housing aku tak ori.. huhu..


pastu aku cuba cari kat mudah.com kedai yang boleh baiki h'set aku.. dapat la kedai nie




aku pegi sabtu lepas.. tuan kedai nie melayu.. kerja dia bagus.. dia pun cakap housing nie tak ori.. aku cakap kat dia, tak pe la tak ori pun, janji boleh tolong pasang.. dia kata ok..

pas sejam tunggu.. hasinya nya tak memuaskan.. bukan kerjanya, tapi housing yang dipasang tue longgar dan tak masuk ruang h'set asal.. dah la nk pasang housing tue agak susah.. memang hancuss dan tak ngam.. tapi nak buat camne kan.. kena pasang gak.. sebab housing asal dah pecah... nie la hasilnya guna housing tak ori.. huhu





nampak tak.. aku terpaksa letak pita pelekat.. sedihnya.. sebab rasa longgar dan tak padan dengan isi... dah terbeli yang tak ori... pakai je la... tanya tokey kedai tue harga yang ori.. dia kata RM120...haha baru aku tahu, memang patut la tak ori.. harga pun dah banyak beza... cuma kat kedai nie nak yang ori kena order dulu.. mau sehari baru dapat.. sebab kan kedai nie jauh.. aku malas nak datang balik dan aku guna je la yang tak ori pun.. huhu.. kedai repair nie kat seksyen 2 shah alam.. dalam kawasan food court, tempat bebudak UITM ...

so, itu le cerita nya..dan pengajaran..

p/s: hati-hati beli online... tak semua yang nampak baik tue baguss :)