Saturday, May 26, 2012

DIGI internet

26 mei 2012-


sampai ke Plaza Citra, Kajang.. semata-mata untuk ke DIGI Centre... untuk mendapatkan pekej internet paling murah RM38 sebulan.. sepatutnya RM48 sebulan, tapi sebab ambil kontrak setahun dia tolak RM5 dan ambil auto billing dia tolak lg RM5.. maka jadi la RM38.. hihi.. no sim pun baru 0107668004.. boleh call out dan call in.. cuma untuk call 15sen seminit.. mahal la..tapi x pe.. beli nie pun untuk guna internet semata-mata :))..



p/s: dah terbiasa untuk ada internet kat phone :)

Wednesday, May 23, 2012

Akhirnya.. hihi

Nak pakai Iphone punya pasal aku merelakan diri untuk guna DIGI.. kalau kat KL nie guna ok... call, msg dan internet ok.. tapi ianya agak menyusahkan bila balik kampung... sangat2 menyusahkan... kena cari line... tue pun kekadang ada satu bar je... kat umah mak mertua lagi la... langsung x de BAR... huhuhu


Terpaksa la phone tue di divert kan ke no wife... memang agak menyusahkan...



Akhirnya.... genap 3 tahun... hari nie no 0162638004 telah mengkhianati DIGI dan sudah beralih arah ke CELCOM... hihi best2...




pas tukar line... digi hantar mesej "Your request to port out was successful. We thank you for being our customer and hope that we can serve you again in the near future"

sedih la pulak...


hihi jangan sedih2... no nie (0162638004) je yang bertukar ke celcom... sim no nie akan ke phone yang baru, Nokia N78... iphone akan still guna digi untuk internet... RM38 per month (ikat kontrak ngan Digi setahun).. apa guna ada iphone kalau tak de internet... hihihi.. apo2 je la mazly.. janji ko bahagia...

Untuk internet DIGI masih pilihan hati :)).. jangan sedih-sedih :)



p/s: Dunia oh dunia.. hihi.. dalam kita mengejar akhirat, dunia jgn dilupakan :)

Nep@L Oh nEpaL

Dah pegi lama.. baru nak tulis pasal Nepal.... pegi pada 12-14 okt 2011


Hmm.. rasanya sungguh bertuah bila dapat menjejak kaki ke Negara orang. Nepal.. bukan negara kaya, sebab tue rasanya tak ramai yang  bersungguh-sungguh nak pergi... so dapat la peluang nie kat aku... sempena simposium Lightning Protection, 3 hari aku berada di bumi khatmandu, Nepal.



Nie la bilik yang disediakan untuk peserta dari luar negara. kat atas nie bilik aku (katil banyak tapi duk sorang je)..Bilik nie tak de aircond, Negara bergunung-ganang la kan. masa nie musim panas, so keadaannya sebijik macam kita pergi ke Camaroon Highland.

Rasa menarik je gambar nie... sejuk mata memandang kan... :)P


lain-lain gambar sekitar khatmandu.... bising dengan bunyi hon.. sampah sarap, jalan sempit dan berliku-liku, bangunan usang, penajaja tepi jalan yang  ramai, kedai makan yang agak kotor... yang menarik.. permandangan gunung ganang dan padi bukit yang tengah menguning,,,, so bila kita pergi negara yang macam nie, buat kita lagi bersyukur kehidupan di negara sendiri.. jangan rosakkan keharmonian itu..............


p/s : x kira negara kaya atau miskin... niat nak ambil master atau PHD tetap di negara sendiri.... AMIN..:)