Friday, December 16, 2011

SBPA - Orang Kate



Kompem semua orang tengah bercakap pasal skim baru perkhidmatan awam nie... macam-macam orang dah bagi pendapat...

maka aku dengan rajin nya letakkan pendapat diorang kat dalam nie...


1) Orang kata SBPA - Skim Bodek Pegawai Atasan
   
   haha aku pun tak terpikir, tapi bila dengar balik macam betul je....

Saya yang menurut perintah




2) Orang kate jika markah SKT korang bawah 70%... maka dengan ini anda tak layak langsung untuk dapat kenaikkan tahunan dan atas pada 90% maka bergembira la anda sebab anda akan dapat 15% kenaikan gaji tahunan...

3) Orang kate terdapat empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu 70 peratus dan ke bawah sebagai syor paras untuk ditamatkan perkhidmatan, 75 peratus ke bawah tiada kenaikan, 85 hingga 95 peratus diberi lapan peratus kenaikan gaji manakala 95 peratus ke atas 15 peratus kenaikan.

4) Orang kate mana-mana kakitangan yang mendapat markah 70 peratus dan ke bawah selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan perkhidmatan dan jika kakitangan yang memperoleh markah 70 peratus dan ke bawah juga boleh memilih untuk berhenti sendiri. Bermakna mereka ada pilihan untuk berhenti dalam tempoh tiga tahun jika merasakan tidak berupaya mencapai sasaran prestasi yang ditetapkan.

5) Orang kate ... hmm lepas nie senang la kerajaan nak tarik mana-mana elaun- sebab elaun tue hak milik kerajaan


6) Orang Kate SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang. sesiapa tangga gaji P1T1-P1T3 SSM akan mempunyai gaji yang sama dibawah SBPA iaitu PIT2 SBPA....hmm rugi la P1T3 SSM sebab kenaikan gajinya sikit berbanding P1T1 SSM. Tapi syukur la sebab masih lagi naik ...

 7) Orang kate mana-mana kakitangan yang menunjukkan prestasi baik akan menerima kenaikan gaji lapan hingga 15 peratus, tambahan kepada kenaikan tahunan biasa di bawah sistem gaji satu lapis. WOW bodek jangan tak bodek BOS.

8) Orang kate.... ‘exit policy’ akan diwujudkan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk kumpulan pengurusan tertinggi dan orang kate senang nak buang "pembangkang" yang ada dalam perkhidmatan awam.


9) Orang kate, orang bawah pun boleh nilai Bos- hmm tang nie ada yang bagus dan ada yang tak bagus..




10) PTK kompem tak dok.. yuhoooo


11) Last sekali ada orang kate Gred atas 54 menerima kenaikan berpuluh kali ganda... huhu dah kaya tambah lagi kaya la nie...



Harus baca dan faham sebelum memilih

Nie la akibat jika silap pilih "LOBANG"

Kalau korang tanya aku skim mana yang nak dipilih.. kompem aku akan jawab skim yang gaji aku naik la.... hahaha mata duitan betul la... apa pun bersyukur la dengan rezeki yang kita dapat...



p/s: apa yang ada kat atas adalah "orang kate" .... jangan dengar sangat apa orang kata... kalau betul-betul nak paham tanya la orang yang sepatutnya.




Tuesday, December 13, 2011

Cerita lucu....haha

hahahahaha...... gelak dulu la... :)P




Alkisah semalam... berlaku di HQ PJ... ada game ping pong (tournament inter-program) .. pas solat maghrib, waktu tue dalam pukul 7.30malam....  dengan letih lesu aku menuju ke kereta ...  sampai parking lot... tetiba...


Hati aku berdegup kencang ..... nampak pintu kereta aku kemik.... masa tue la , aku rasa macam nak marah .. giler-giler punya marah... sape la yang langgar kereta aku nie.... tak ada hati punya orang... dah sumpah seranah pun (dalam hati je)...


((yang aku nak marah sangat bukan apa, kereta aku baru je pas kena ketuk... melayang RM350.... tak tahu sape yang langgar.... biasa la, duduk rumah flet.. parking open... bangun pagi nak pergi kerja.. tengok bonet kereta belakang dah kemik... huhu...))


Belek punya belek tempat kemik tue, tetiba member tegur... "yang ko pergi gosok kat kereta orang tue apesal?"....


Baru la aku perasan rupanya yang aku gosok tue kereta orang, warna sama, besar sama, cume jenis kereta yang lain.. kereta aku parking sebelah menyebelah..... dari tepi memang tak nampak kereta aku...


Daripada perasaan marah.. teruk gelak besar... nasib baik la waktu maghrib... orang pun tak ramai.... kalau tuan kereta tue tengok, kompem dia kate aku nie jenis yang perihatin... belek tempat kemik kereta dia..... hahaha..





'Kemik' keretaku dilanggar tanpa pengetahuan
(langgar lari gak tue)


Sesudah di ketuk
(melayang RM350)


Tinggal kenangan

Walau dah pakai kereta baru... kereta lama tetap di ingatan


p/s : sebelum kita cepat melatah atas sesuatu perkara.. selidik la dahulu ye... :)


Monday, December 12, 2011

Cerita Ku...

Orang kata 'cubit peha kanan, peha kiri yang terasa' ... sebelum ada ikatan yang sah, bila kita tahu dia demam, kita tidaklah berasa sangat -sangat risau... tapi.. bila ikatan ini bersatu... bila kita tinggallkan dia berseorangan kat rumah masa dia demam (kita pulak kena pergi kerja) , risaunya terlebih-lebih... nak buat kerja pun rasa tak sedap hati...


alhamdulillah masa tulisan ini dibuat, genap la enam bulan ikatan perkahwinan kami yang dibina atas dasar suka sama suka... perkenalan kami tak la lama... rasanya genap setahun sebelum aku dan dia bersedia kearah yang lebih besar iaitu merisik, bertunang dan nikah... setahun perkenalan, tidak banyak yang kami tahu budi pekerti masing-masing, bertunang pun hanya 3 bulan sahaja tetapi bersyukur kepada Allah aku temui jodoh dengan dia, insan yang aku cintai....


Dalam diam aku tersenyum... teringat perkara lama... sebelum merisik, aku selalu mengajak dia ke rumah ku untuk diperkenalkan pada mak dan ayah, tapi dia menolak... 'malu' katanya... mak dan ayah aku pulak, dia nak tengokla dulu bakal menantu sebelum merisik..hushh payah2... masing-masing tak pernah bertemu..


Jodoh tak kemana, satu raya, biasa la aku akan cuba bertandang ke rumah buah hati ku, mak ayah aku suruh adik aku ikut... jadi, dalam terpaksa dia pun ikut aku (dia memang malas nak ikut).... haha.. lawak la, dia jadi spy.... malam tue satu family sebuk tanya dia, camne dengan si dia... adik aku jawab, ok,lawa, manis, lembut, baik... ... itu semua kata hati dia (jangan diingat aku bagi rasuah pulak).... lepas je dengar adik aku cakap macam tue, diaorang pun semua setuju untuk merisik... sebelah sana pun ok.. maka tercantumla dua hati... hihi


Pastu proses yang lain tak la menarik sangat, semuanya mengikut adat negeri kelantan yang tak banyak sangat... Alhamdulillah Allah permudahakan segala urusan perkahwinan ini.... Insyaallah aku akan jaga dia sampai ke akhir hayat... Ya Allah ya Tuhan ku, bahagiakan lah kami berdua  selama-lamanya.. Aminnnn...


malam akad nikah

Hantaran dan Mas Kahwin
(kat kelantan Hantaran dan Mas kahwin sekali)

Bersama selamanya .....


p/s: Tengah risau sebab dia demam kat rumah.. esok kalau makin teruk nak bawak dia ke klinik... takut kena denggi je, sebab kawasan rumah tue pun tak selamat dari denggi, dah pernah ada orang kena.. mintak di jauhkan ...Aminnnnnn

Thursday, December 1, 2011

"terminate" TeleFoN

Hmm... bunyi macam mengeluh... tapi sabar je hati ni.... pengalaman nak tamatkan talian telefon ngan internet (steamyx) memang kena sabar... haha manusia nie hidup memang banyak complaints kan...





1) aku dah call TM kata nak terminate, pas dia mintak no akaun ngan security pas... dia suh tunggu sebab dia kate nak check dulu.... tunggu punya la tunggu... lama kat phone tue... pastu dia cakap suruh pegi TM terdekat untuk terminate.... Laaaaaa... tunggu punya la lama kat phone hanya nak suruh aku pegi cawangan TM tedekat... baik tak payah tunggu... bila aku tanya kenapa tadi tak cakap... dia jawab nak check akaun dulu.... bagi aku tak payah check la, kalau kena pegi TM pun nanti dia orang akan check gak.... tunggu punya la lama, ingatkan bole je teminate phone dan internet ngan call..huhuhu


2) Aku ada tanya, kalau nak mintak tolong kawan yang pergi boleh tak?.... jawapan : Boleh, tapi encik kena buat surat yang mengatakan kawan tue mewakili encik...... lain-lain prosedur?.. tak ada.... so ok la kan jawapan tue... sebab memang aku tak ada masa untuk pegi TM, cuti pun kena beku....kena la mintak tolong kawan kan.


3) Dah buat surat, pastu mintak la kawan aku pegi TM... dah la TM terdekat tue jauh dari KLIA... TM Banting...  dalam 40 minit dari KLIA kalau tak banyak lori... sampai sana kena isi pulak borang.. nak kena tuan asal yang tandatangan.... sakit la hati kawan aku tue... jauh-jauh dia pi... "kosong" ..... yang aku sakit hati tue, masa dia call tak de la pulak dia kate ada borang yang perlu owner tue sendiri yang tandatangan....


4) So sampai sekarang line tue tak terminate lagi....  kawan aku tue dah malas nak pergi..... aku masih tiada masa.....



SALAH SAPE???.. x nak salah kan sape-sape...  ujian dan dugaan memang menguji kita... SABAR je la...


<----- Salah siapa ye?




Ada Lagi... pengalaman pasang talian baru... degil... nak gak streamyx... hahaha


1) Pegi TM banting.... cakap nak pekej RM 60


2) Tunggu... datang pasang... pastu tanya tukang pasang.. pekej berapa... dia cakap RM100 sebulan punya


3) Buat aduan pasal pekej


3) Internet dah ada.. talian telefon tak ada beep.... buat aduan lagi


4) Lama gak tunggu, dekat 2 minggu.. baru datang pas aduan dibuat lagi sekali... so telefon dah OK..


5) Dapat bil, masih lagi RM100.. call tanya TM, pastu dia boleh kata... ooh aduan yang lama tue dah di tutup, pastu dia kate nanti dia buat report baru n dapat nombor report baru la...


6) Dapat bil ke 2.. RM100.. saya call lagi... dia kate report tue masih dalam proses, dia bagi nombor report yang baru lagi... tujuan untuk cepatkan proses...( banyak betul nombor report)


7) bil ke 3... RM100.... hmm aku dah give up n fed up...


8) Bil ke 4.. RM100... memang TM nie nak makan duit orang je...  dah berapa banyak aduan aku buat.. aduan untuk TM masuk dalam bakul sampah..........................zzzzzzzzz


satu lagi... Nombor report tue jangan la untuk sedapkan hati pengguna.... hmmm






ps: tak marah.. cuma entah la.. kena berkira.. :)P... memang RM100 dan RM60 tue bezanya cuma RM40... tapi dengan RM40 tue la kita boleh 4 kali makan... kat rumah tak perlu line laju.. aku ngan isteri banyak habiskan masa kat pejabat dan sekolah... pekej RM60 pun dah cukup..huhu