Monday, November 14, 2011

Kusyuk dalam Solat

Alhamdulillah, saya dapat hadir satu ceramah agama yang di buat di MOSTI (kementerian sains dan teknologi)...  sedikit ilmu yang saya dapat, saya cuba kongsikan.... 



yang perlu kita ingat, solat itu tiang agama.....





Macamana nak kusyuk dalam beribadat?


1)  Kena hadirkan hati


2)  Merasai kehebatan solat

3) Mengharap supaya amal ibadat kita yakin diterima.. jangan ragu-ragu dalam beribadat..  kalau ada perasaan syak, akhirnya allah akan tolak amal ibadatnya. Kita kena yakin ibadat kita diterima.... Insyaallah :)


4) Mengakui keagungan Allah


5) Memahami apa yang dibaca dalam solat serta tahu maksud dan pengertiannya.


Jangan kita lupa, lepas solat kita kena berdoa..... banyakkan doa memuji allah, mintak apa yang dihajati... paling afdal doa ialah, kita mohon pada Allah supaya dikekalkan iman, diampunkan dosanya, dirinya diselamatkan didunai dan akhirat.. dan pastu doa la doa-doa yang lain... tujuan berdoa ialah supaya lengkap kehidupan kita dan sentiasa diredhai allah (Doa dalam bahasa melayu pun ok... x semestinya dalam bahasa arab)




Apabila nabi Muhammad SAW dilahirkan, petanda hari kiamat hampir tiba.....

Tiga perkara yang akan kita bawa ke alam akhirat yang kekal milik kita-

1) sedekah yang terus mengalir yang dimanafaat kan oleh orang yang masih hidup. contoh yang paling mudah ialah bina masjid bagi yang berduit dan yang tak berapa ada duit, beli jam ke, disurau x de selipar, kita belikan selipar... maka apabila dimanafaatkan oleh jariah surau yang lain maka insyaallah amal pahala akan mengalir ke kita.

2) Ilmu yang kita ada boleh dimanafaatkan untuk diri dia dan orang lain- walaupun sikit, ilmu itu akan berkembang

3)  Anak yang soleh yang masih mahu mendoakan ibubapanya- mana-mana anak yang tidak memdoakan ibubapa dianggap menderhaka.

Sunday, November 13, 2011

Apa itu SAHABAT



Insyaallah, walau di mana kita berada, allah akan hadirkan kita kawan... tapi berapa ramai kawan-kawan kita boleh dianggap sahabat...

Kehilangan seorang sahabat akan kita rasai jauh di sudut hati akan ada rasa  sedih, kecewa, berat hati… namun perancangan kita belum dapat menandingi perancangan besar Allah…  namum kita perlu redha jika kehilangan ini berlaku… mungkin itulah yang terbaik buat diri kita… segala pahit manis kehidupan ini, kita akan dapat berkongsi dengan nya dan akan sentiasa berada didalam kenangan … Alhamdulillah, walaupun hadirnya seorang Isteri dalam diriku … Namun, aku pasti tidak akan lupa kehadiran mu sebagai sahabat dan terima kasih kerana sudi menjadi sahabat….

Sahabat....


Berapa ramai sahabat kita yang sebenar di samping kita? Sahabat yang mendoakan kebaikan untuk kita, yang membantu kita ke arah kebaikan, yang menegur kita kalau kita buat silap, yang sentiasa mendampingi kita waktu kita kesusahan..

Ini la realiti kita, kita anggap seorang itu sahabat sejati kita yang paling baik bila... gelak ketawa bersama kita, sentiasa menyokong kita, sentiasa bersama kita, sentiasa memberi nasihat. Tapi.......

Gelak ketawa bersama kita... sedangkan ketika itu kita  sedang menuju ke kemaksiatan. (mengumpat, berdengki, memulaukan orang, membuka aurat, membazir dan lain-lain),

Sentiasa menyokong kita.... bersetuju dengan perbuatan kita walaupun tahu itu perbuatan itu salah dan hanya berdiam diri bila kita terpesong dari jalan Allah

Sentiasa bersama kita... hanya masa kita gembira, masa mencari keseronokkan dan masa kita lalai.

Sentiasa memberi nasihat...  nasihat yang membuat kita gembira tapi nasihat itu kearah jalan yang tidak diredhai Allah.




Sepatutnya sahabat sejati umpama pohon yang rendang yang dapat menjadi tempat kita berteduh..

Jaga la sahabat kita sebaik mungkin,

Hati-hati la dengan umpatan, kejian dan fitnah... kadang kala persahabatan itu di salah tafsir, itu la manusia ... punyai kelemahan hati sentiasa berhasad dengki, yang mudah percaya perkara keburukkan, sentiasa menilai sebelum menyelidik....

Hati-hati juga dalam berkawan, tidak semua kawan bersedia menjadi sahabat...

“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” [Ar Ra'd: 11]


Cuma apa bila kita merasakan diri kita kehilangan seorang SAHABAT, ingat la, tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi kita selain daripada Allah. Sentiasa la meminta pertolongan daripada Nya. Setiap perkara yang terjadi ada sebab dan munasabatnya..
Kita hidup diatas bumi allah ini memerlukan satu sama lain dan bergantung antara satu sama lain... itu sebab nya Allah jadikan kita ini bermasyarakat... Cuma ingin di ingatkan setiap yang datang kepada kita (duit gaji, kereta, isteri/suami, anak-anak, sahabat dan lain-lain) adalah semuanya daripada Allah, manusia yang lain itu hanyala sebagai penghubung bagi setiap rezeki itu yang kita perolehi. Allah s.w.t boleh mengambil balik setiap yang dipinjamkan bila-bila masa dan sekelip mata.  

So, bila kita kehilangan sesuatu yang kita hargai... ingat la, ini semua kuasa Allah... Kepada Nya la kita sembah, dan kepada Nya kita mohon pertolongan... untuk kita sentiasa mengingati Nya.


Amin....

Tulisan yang datang dari hati buat seorang sahabat...