Wednesday, February 16, 2011

Mari Melawat Terengganu




Hari Pertama


Masih ku ingat perjalanan untuk suka2 ke Negeri yang terkenal dgn keropok Lekor... sebut je dah terbayang... Destinasi pertamaku ialah Air Terjun Sekayu.... Bertolak dari pukul 8.30 pagi dan sampai ke Sekayu dalam pukul 3.30 petang... berhenti sekali je kat kawasan rehat temerloh untuk makan tengahari... Alhamdulillah, dengan bantuan GPS, perjalanan ku lancar (tak sesat )...






Sampai2 je, "masa untuk mandi"...... air nya sejuk dan menyegarkan.... kawasan sekitar yang sentiasa dijaga rapi... ramai pengunjung tempatan dan luar negeri yang datang untuk berkelah, mandi manda, bercengkerama (opsss silap, jangan ikut budaya nie ek)... dan macam2 aktiviti riadah yang boleh dibuat disini... permandangan memang cantik ...



Bagi yang suka untuk buat aksi akrobatik.... banyak tempat yang sesuai dan airnya agak dalam.. bagi yang tak tahu berenang, jangan risau, banyak juga kawasan yang setakat paras dada, paras lutut dan juga paras buku lali (sesuai untuk baby yang masih kecil)... dengan airnya yang jernih, bagaikan memanggil-manggil untuk mandi... jom mandi...


Kawasan yang agak dalam, sesuai untuk aksi Akrobatik


Diantara kawasan kedalaman air paras dada.. sesuai untuk mandi manda


Pekerja sedang membersihkan sampah
sarap yang di tinggalkan pengunjung.



Bagi yang nak menginap, chalet yang disediakan cukup murah dan sangat berpuas hati, di dalamnya terdapat 2 biji katil, 1 single dan 1 double serta toto untuk tetamu yang mempunyai lebih dari 3 orang ahli, 1 chalet boleh muat dalam 6 orang dewasa.. nak sumbat 8 pun boleh lagi... kemudahan lain dalam chalet tue, bilik air yang luas serta mempunyai aircond dan kipas, kelemahan pulak ianya tidak disediakan TV. Harganya dalam RM60 bagi Chalet baru dan RM50 bagi Chalet lama. nama2 chalet jugak cukup unik, ianya dinamakan sempena dengan tumbuhan herba seperti Mas Cotek, Batu Jin, Akar Sekar dan macam2 lagi...

Sebelum bercadang menginap di Sekayu, elok la hubungi dulu
pejabat hutan untuk tujuan tempahan Chalet, no Tel 096882510.




Hari Kedua

Perjalanan seterusnya adalah ke Kraftangan Negeri Terengganu, Kuala terengganu... pagi-pagi sebelum bertolak, sempat gak la terjun kat air terjun dulu... sejukkkkk.. maklum la pagi...

kalau ada orang tanya buat pe pegi sana, jawapan "saja2 je nak pegi tengok orang buat kraf tangan, kalau ada yang berkenan diahati boleh je terus beli"..

dekat je dari sekayu ke Kraftangan nie, senang cari sebab folo je GPS.. Di sini terdapat dewan pameran yang memaparkan hasil tenunan songket, barangan kraf, blok2 batik dan macam2 lagi... disini juga merupakan tempat penyelidikan bagi mencari hasil kraf yang terbaik untuk dipasarkan oleh usahawan yang berminat...


 Sebahagian daripada bahan pameran Kraf



 Alat tenunan songket yang Fully Automatik.
coraknya dihasilkan menggunakan teknologi komputer



Alat tenunan songket semi automatik yang berasal dari Indonesia.
Di bawa untuk tujuan penyelidikan


dah abis belajar pasal kraf, nak pegi tengok orang lukis batik pulak... tapi bukan kat sini dekat Arfa Batik... tak jauh dari tempat Kraf tue.. dalam 2 minit je.... memang sangat dekat...

Di Arfa Batik, kita boleh melihat hasil seni dan bakat semula jadi melukis batik, tengok pekerja kat sini buat memang nampak mudah, tapi sebenarnya memerlukan pengalaman dan teknik yang tinggi...


Ini la hasil seni yang namoak simple tapi sangat menarik


Di arfa batik juga, dengan bayaran RM10 kita dibenarkan untuk mewarna batik yang telah di sediakan, batik yang kita warnakan kita boleh bawa pulang sebagai kenang kenangan.. semada dalam bentuk frame atau kain... untuk membeli, terdapat garai yang disediakan untuk para pengunjung... almaklumla namanya dah terkenal, so harganya tentu la lebih mahal daripada batik di pasar payang... tapi bagi yang berduit tentu tak kisah kan...

lepas arfa batik, perut pun dah berbunyi memanggil untuk di isi, so kena la cari tempat makan... tempat yang dituju ialah gerai2 makan berhampiran pantai batu buruk .. macam2 makanan laut yang telah dicelup tepung... tapi bagi yang bukan penggemar goreng celup tepung nie, terdapat juga fast food A&W... apa lagi, aku pekena nasi ayam, kopok lekor, udang, ketam, tapai, bebola ikan, bebola daging (yang semuanya di celup tepung) dan minun air kelapa... brurrrrp kenyang betul... alhamdulillah...


......... takde mood nak sambung.... teringat memori pahit... perjalanan ini ada memori pahit yang aku nak lupakan..... secara ringkasnya...  Memaksa, Dipaksa dan Terpaksa... huhuhu


Pengalaman di Beijing, Wang Fu Jing - part 2

P/s : Tujuan aku ceritakan balik hal yang lepas bukan untuk memburukkan sesiapa, untuk tujuan berkongsi pengalaman... mana la tahu sesiapa yg bakal ke beijing supaya dapat hindari serta berhati-hati...



Sambungan dari  beijing.. true story 2 wangfujing - part 1

............................... Lepas habis episode dengan dua lelaki nie, bersambung dengan 2 perempuan.. aku baru je jalan tak sampai 50 langkah, dua perempuan cina tegur aku ... english dia lancar, borak ngan aku.. start tanya nama, single ke lagi... aku pun seronok la kan sbb ader gak kawan nak berbual.. diorang pun nak ke  forbiden city .. so dia kata boleh la pegi skali.. so aku angguk je la.. sebab memang tak tau muslihat diorang.. lagi pun senang ader penterjemah macam tadi kan.. masa dalam perjalanan tue macam2 la borak, tetiba dia tanya nak minum dulu? dia orang dah letih berjalan, minum teh je... so aku tak pikir minum teh tue haram.. so aku ok je la.. ala setakat minum kan.. so dia bawak la ke kedai teh tue.. masuk kedai teh.. diorang  tanya aku nak order ape.. aku ckp oder je la apa-apa (sebab mana la aku tahu kan), pastu pelayan teh tue bawak la kitaorg masuk bilik ceremoni, diorang ckp pelayan nie nak tunjukkan ceremony minum teh.. pelayan tue cakap bahasa cina, diorang la tukang terjemahkan... dia cakap nak minum teh cina ader cara dia.. pastu dia tunjuk dan buat 6 jenis teh.. aku tak tau pun satu jenis dia tunjuk tue 30 yuan... lepas abis ceremony tue.. dia pun tunjuk bill ... , bill dia 1400 yuan yang bersamaan dgn rm700..terkejut beruk aku .. bil tue merangkumi ceremony, jumlah teh aku ngan diorang minum (sikit je minum) ngan teh yg diorang pesan utuk bwk balik.. diorang order dalam bahasa cina (aku x perasan langsung)..... melayang rm700 macam tue je... rm700 beb.. byk tue.. klu aku beli hadiah kat mak aku pun berbaloi..  nak wat camne kan... dah duk negara orang, so bayar je la (sebab x de duit, aku guna kad kredit), aku terus x jadi g forbiden city, langsung tak der semangat... aku terus balik hotel.. tapi pikir balik kan.... alhamdulillah la, baru rm700 habis, org lain kena rompak berpuluh ribu.. lagi pun rezeki allah.. aku datang  ke beijing nie pun free (gov tanggung).. datang dari allah gak.. so kalau allah nak ambil balik sekejap je... tp positif mana pun pikir, sehari hak la aku murung n byk berdoa.... bila pikir balik, yang lelaki dua ekor tue pun sama.. cari customer, so tue la cite aku.. nasihat aku kalau pegi negara org yang memang tak pandia omputih, tetiba orang yang terer omputih tegur.. waspada la.. diorang pergunakan ape yg diorang terrer semata2 nak tipu pelancong... true story at wangfujing, beijing... 






Friday, February 11, 2011

Pengalaman di Beijing, Wang fu jing - part 1


Cerita kat beijing lagi... tapi nie yg aku memang betul2 terkena dan tertipu.. cerita nie just nak bagi nasihat kepada sesiapa yang bakal melawat negara china.. or negara lain.. sebagai pesanan jangan mudah percaya kat orang walaupun kita nampak orngg tue mcm betul2 nak tolong orang dalam kesusahan... sampai sekarang aku ingat lagi kisah nie.. bermula camnie, biasa la adat ke negara org, mesti la nak beli cenderamata nak bagi kat kengkawan dan family kan, so aku tanya la penganjur kursus mana tempat nak beli barang yang murah2.. dia kate pegi la wang fu jing.. camaner nak pegi? dia kete senang je, pegi la naik subway (kalau kat sini kita panggil LRT or komuter) 2 kali pertukaran stesen,... untuk pengetahuan korang sistem subway kat sini senang dan tak menyusahkan org.. 2 yuan sekali naik.. pegi la mana2 yang korang nak pegi.. tiket nyer tetap 2 yuan.. murah dan memang murah... kat sini memang motor kerajaan diaorang dah haram kan... so ramai yang pegi keje naik subway, basikal or kereta...k, kembali ke cerita asal, so esokan tue aku dengan semangat nyer aku aku naik teksi ke subway, stesen Xizhimen Qio. satu lagi bagus kat sini teksi dia sumer bermeter.. so x kena tipu la.. dari stesen Xizhimen Qio ke wang fu jing.. smpi ke wang fu jin.. kat sini la cite aku bermula.. ye la, memula sampai wang fu jing, mana la aku tau tempat diorang jual servenior, aku terjumpa sorang mat salleh, so aku tanya dia, pas dia tunjuk tempat, tetiba ader la dua org lelaki cina datang dekat aku.. muda lagi dalam umur 24-26 tahun.. dia tanya, u can speak english? pastu aku ckp yes la.. pastu dgn bahasa omputih yang tak berapa nak jelas diorang nie borak la ngan aku.. so aku boleh la tangkap sikit2 ape yang diorang maksud kan.. dia kate dia keje kat sini pastu yang sorang lagi tengah belajar bahasa english.. so dia borak ngan aku just nak practise... so aku pun layan la... dia bawak la aku jalan2 dan tunjukkan kedai cendamata, pure silk, dan macam2 la... senang sikit ader diorang nie, sebab memang pekedai kat sini langsung tak pandai omputeh.. sebab kan diorang dah banyak tolong aku jadi penterjemah dan tunjukkan kedai2.. aku tanya la dia mana kedai makan muslim.. aku nak blanje diorang.. so diorang tunjukkan, rupa nyer dekat je muslim restoran tue.. aku je yang tak perasan.. nasib baik gak diorang ader, senang nak oder.. sbb aku langsung x paham menu dia.. pelayan pun x phm ape yang aku cakap.. pastu aku suh la diorang order ayam masak ape je yg sedap... memang sedap la masakan restoran nie, memang tak kan dapat rasa kat m'sia.. lepas makan dan kenyang.. dia pun cerita, keje dia kat sini sebagai akrobatic pastu ambil part time belajar english... pastu dia nak tunjukkan tempat kerja dia.. sebab dioarang dah baik sangat ngan aku, so aku folo je la.. dia bawak aku kat tempat tiket.. pastu dia promote la ... dia kate tengok la acrobatic, tak mahal, 60yuan je.. sebab aku kawan dia boleh dapat murah lagi.. aku memang tak minat sangat show2 nie , aku pun tolak slow2.. lama gak dan pelbagai alasan aku bagi, aku kata, esok kalau aku free, aku datang...  pastu dia kate ok, esok datang call je dia, ,dia boleh bagi tiket murah.. siap bagi email dan no phone kat aku tue.. so lepas aku ucap terima kasih dan nanti jumpa esok, aku terus je blah... time nie aku x perasan pun situasi nie, just ingat cambiasa je, kawan kan... rupa nyer bersambung dlm x sedar.. rupa .... .. pas abis episode ngan dua laki nie, bersambung ngan 2 pompuan.. aku baru je jalan x smpi 50 langkah, .....                      




bersambung ke part 2.. :))..


                    Sekitar Wang Fu Jing - Dong Lai Shun Muslim Restaurant
                       (tempat aku blanje mamat cina tue makan )

p/s : Hati2 wlpun dimana jua anda berada

Wednesday, February 9, 2011

Pengalaman di Beijing.. true story

Cerita yang x penah diceritakan, so bila dah ada blog nie ble la aku ceritakan... peristiwa 3 tahun lepas... aku kena g kursus kat beijing.. alhamdulillah la kan rezeki aku dapat g negara org.. pertama kali dpt g negara komunis.. dapat la merasa budaya, adat diorang... memula aku smpi tue mmg susah la, org yang patut jemput aku langsung x nampak batang hidung dia.. punye la dah penat naik kapal terbang.. igtkan sampai2x ader la org nak jemput aku... hu hu hu.. igt nak kontek la org yang uruskan kursus tue.. no tepon plak cina (dah mmg negara china)... aku g la kat pndok tepon, x reti aku nak guna, pastu tanya org kat situ, sorang pun x paham bhasa omputih.. aku buat la isyarat badan yg mmg aku x penah blaja.. lagi la diorang x paham... nak di jadikan cerita, pas tunggu punya tunggu.. last skali aku naik teksi je la... bantai je la.. ari pun dah mkn gelap ... bg plak alamat tempat kurus, nasib baik ader yg tulisan cina nyer, sbb pemandu teksi tue x phm apa yg aku ckp dan tak pandai baca omputih.. dia folo je alamat cina tue... dia pun bwk aku ke situ... so,, dlm perjalanan smpt gak la aku merehatkan bdn dan menikmati permandangan beijing... cantik la, sbb time aku g tue akhir musim luruh, byk daun keguguran la... pastu nak dekat mlm.. mmg cantik la. lupa aku nak cakap, masa kat airport, ader la org mat saleh dr malaysia nak tukar duit RM ke Yuan... terkejut aku , sbb dia kate x ble tuker... nasib baik aku dah tukar duit aku ke us dollar ( ingatan kat sume org yg nak g keluar negara, tukar la duit negara tue terus or dollar, sbb duit RM kita x laku kat sana) k smabung balik, lambat gak knak smpi kat alamat tue , sbb jem, time tue dlm kul 5.30 ptg org tengah balik keje.. waktu malaysia ngan beijing sama.. cuma dia gelap awal.. so dlm kul 7 baru smpi kat alamat tue... smpi2x x leh masuk sbb waktu keje dah abis.. aku x tau nak buat camner... .. alhamdulillah jmp la sorang.. tapi susah gak sbb org yg aku jumpa nie bukan yang arrange kursus nie... dia ble la ckp omputih skit2x.. lega ble la bercakap.. dia la yg byk tolong.. dia tepon sana.. tepon sini.. last2x tau gak nama hotel yg patut aku tinggal... so lega la kan.. dh la gelap dah.. dlm kul 9 baru setel hal nie.. klu kt malaysia gelap cam kul 10 dah nie.. pastu org tue naik teksi aku td n bawak g hotel... smpi 2x tue plak.. ader je mslhnyer kan... hotel yg diorang book utk aku tue penuh lak (sepatut nyer aku chek in dlm kul 4 ptg) so dia igt aku x dtg so dia bagi la kat org lain, sakit hati je aku rasa.. pastu aku suh je driver taksi g cari hotel lain.. dekat je hotel tue... sblh ngan hotel asal jek... k la tue kan.. smpi hotel, byr teksi dlm 120yuan pastu masuk bilik hotel, aku bagi 10 yuan kat org yg bwk beg aku naik , cukup la tue aku pun bukan byk duit, pegi ngan duit gov tanggung.. free la kate kan .. dah setel sume.. dah ucap tq kat org yg tolong aku tue.. byk pertolongan dia tue.. aku pun ape lagi lompat2x atas katil, baring2x kejap.. aku pun start la kemas brg aku ltk kat hotel tue.. .aku pun tidur terus tanpa mandi... (sejuk) tue 1st day in beijing.. 
hotel tempat aku tinggal selama sebulan kat sana


p/s : aku pergi ke beijing berdua ngan ofismate...